Pengaruh Cabang Falsafah Metafizik, Epistemologi, Aksiologi dan Logik Terhadap Perkembangan Pendidikan di Malaysia

 



Metafizik: Membincangkan persoalan realiti (ontologi), kesejagatn (kosmologi) dan ketuhanan (theologi) yang menyentuh tentang kebenaran dan kewujudan. Cabang ini memerlukan ketajaman fikiran untuk membuat perenungan bagi merealisasikan sesuatu yang berada di sebalik fizik yang ada.

Epistemologi: Membincangkan persoalan ilmu dari segi perolehan, jenis, sumber dan kesahan. Cabang ini menghuraikan tentang manusia sebagai makhluk berakal yang diperoleh untuk mentadbir kehidupannya. Pengetahuan ini dilihat dari pelbagai sudut sama ada agama, sains, ekonomi, budaya dan politik.

Aksiologi: Membincangkan persoalan nilai yang terdiri dari etika dan estetika untuk keharmonian dan keseimbangan kehidupan manusia. Manusia dianugerahi dengan pancaindera untuk menyalurkan maklumat kepada otak bagi menghasilkan suatu penanggapan terhadap apa yang diterima.

👉 Etika bermaksud memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku.

👉 Estetika bermaksud menentukan kriteria bagi kecantikan dalan kesenian, pengalaman perseorangan, alam sekeliling dan kehidupan.

Logik: Membincangkan persoalan membuat keputusan yang perlu diambil secara tepat dan berkesan yang membabitkan logik induktif dan logik deduktif.

👉Logik induktif pula bermula dengan butiran dan kemudian penaakulan yang memberi fokus pada butiran lalu membuat kesimpulan umum.

👉 Logik deduktif bermula dengan kesimpulan umum dan kemudian menerangkan kesimpulan dengan mengemukakan contoh dan butiran.


Persoalan tentang Pendidikan

  • MetafizikApakah yang merupakan pengetahuan?
  • EpistemologiBagaimana saintis mengaplikasikan sains?
  • AksiologiBagaimana sepatutnya guru melayan pelajar?
  • Logik: Adakah guru patut menggunakan penaakulan deduktif atau induktif?

Ciri-ciri Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Metafizik: Menyeluruh dan bersepadu.
📌 Maksudnya: Badan ilmu sejagat yang harus diajar oleh guru dan dipelajari oleh murid.

Epistemologi: Usaha yang berterusan.
📌 Maksudnya: Ilmu sentiasa berubah dan tiada ilmu mutlak.

Aksiologi: Berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
📌 Maksudnya: Peranan nilai moral, etika dan sahsiah

Logik: Berketerampilan
📌 Maksudnya: Maksudnya: Kepentingan penaakulan sah dan tidak sah.


Implikasi Cabang FPK

Metafizik
🔗 Potensi dan kebolehan individu penting untuk berkembang secara menyeluruh dan bersepadu.

Epistemologi
🔗 Penyesuian diri mengikut peredaran zaman dan perkembangan semasa amat penting, misalnya teknologi maklumat(ICT), ekonomi dan sebagainya.

Aksiologi
🔗 Kepentingan pengajaran agama dan moral yang fokus kepada pembinaan insan serta penekanan kepada perkembangan sahsiah.

Logik
🔗 Keperluan prosedur kerja yang sistematik dan betul.


🏆 Kurikulum
  • Kesepaduan dan keseimbangan dalam sukatan pelajaran.
  • Melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • Melahirkan modal insan.
  • Memartabatkan Bahasa Melayu. 
  • Penguasaan sains dan teknologi.
  • Penghayatan nilai murni.
  • Menekankan pendidikan teknik dan vokasional.
  • Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.
  • Berperingkat dan sistematik.

🎓 Institusi Pendidikan
  • Penyediaan prasana dan kemudahan asas di sekolah yang mencukupi.
  • Pelaksanaan aktiviti yang berpusatkan murid.
  • Budaya sekolah yang melahirkan insan yang harmonis.
  • Bidang teknik dan vokasional diberi keutamaan
  • Program latihan yang membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.
  • Memenuhi keperluan pembangunan pendidikan.

📚 Golongan Pendidik
  • Pendidik yang berilthizam mencapai matlamat FPK.
  • Bersedia meningkatan kemahiran diri sesuai dengan perubahan sistem pendidikan.
  • Memiliki sahsiah dan nilai moral yang mulia.
  • Sedia memberi keutamaan kepada perkhidmatan.
  • Dapat memastikan murid berpeluang mengembangkan potensi diri.
  • Menghayati kandungan Falsafah Pendidikan Guru.
  • Perpengetahuan dan profesional.

Comments