Manfaat dan Cabaran Pelaksanaan Falsafah Eklektik dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Falsafah Eklektik adalah gabungan atau panduan dari pelbagai sistem dan falsafah yang dipilih atau falsafah pendidikan yang tercipta dari pelbagai sumber. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan falsafah eklektik kerana mempunyai ciri-ciri gabungan antara falsafah pendidikan baratdan falsfah pendidikan islam. Berikut merupakan hunbungkait antara falsafah pendidikan islam, falsafah pendidikan barat tradisional dan falsafah pendidikan barat moden bergabung untuk membentuk FPK (eklektik).


MANFAAT PELAKSANAAN FALSAFAH EKLEKTIK DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Terdapat beberapa manfaat yang mampu diperoleh daripada pelaksanaan Falsafah Eklektik dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Manfaat pertama ialah kepada masyarakat dan pendidikan. Pertama sekali, pendidikan ialah satu sistem dalam sebuah kehidupan yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Dari segi Falsafah Pendidikan Islam, ia akan merangkumi kedua-dua aspek dunia dan akhirat serta mengambil kira kejadian setiap manusia. Jadi, pendidikan yang menyeluruh meliputi aspek kehidupan pelajar dapat diperoleh. Walaubagaimanapun, sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum Falsafah Pendidikan Barat Moden dan Tradisional turut digabungkan dalam asas pendidikan di Malaysia. Kesannya, pendidikan di Malaysia menggunakan gabungan ketiga-tiga falsafah tersebut dan membentuk Falsafah Eklektik. Melalui Falsafah Eklektik pendidikan telah dijadikan telah dijadikan sebagai suatu usaha berterusan dalam membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaaan yang dapat memupuk pendidikan sepanjang hayat. 


                Selain itu manfaat kepada pembelajaran murid juga mampu diperoleh daripada pelaksanaan Falsafah Eklektik ini. Hal ini demikian kerana, di sekolah murid boleh diibaratkan seperti tin kosong yang perlu diberi ilmu pembelajaran agar manfaat dari pembelajaran tesebut dapat diterima. Ini dapat dilihat apabila pembelajaran yang belaku mampu memperkembangkan lagi potensi pelajar. Misalnya, kita dapat melihat dari segi pembelajaran pelajar beragam islam, mereka akan diberi pendedahan dari segi Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah di sekolah. Hal ini secara tidak langsung dapat membina pengetahuan dan akhlak modal insan serta memupuk sikap tanggungjawab dalam diri pelajar. Kemudian, dari segi Falsafah Pendidikan Barat pula, murid akan diberi penumpuan dalam penyelesaian masalah dan peranan individu. Kesannya, murid boleh belajar cara menyelesaikan masalah yang berlaku dan boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

 

                Seterusnya ialah manfaat kepada pengajaran guru yang diperoleh daripada pelaksanaan ini. Hal ini dapat dilihat apabila corak pengajaran yang digunakan oleh guru menggunakan elemen didikan yang betul seperti lemah lembut, tegas dan berhemah akan mampu mengembangkan potensi murid secara menyeluruh. Tambahan pula, berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam pengajaran guru boleh menggunakan cara ‘Role Model’ iaitu menjadikan guru sebagai contoh teladan yang baik kepada pelajar. Jadi ini dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan luas dan mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.  

 

                Manfaat terakhir adalah manfaat kepada orientasi ilmu iaitu memberikan pendidikan yang menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Misalnya, pihak sekolah perlu memberi penekanan terhadap standard pembelajaran, standard kurikulum serta standard prestasi dalam pembelajaran pelajar. Kesannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan iaitu dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Jadi, jelaslah bahawa insan yang mencintai ilmu pengetahuan akan dapat dilahirkan dan seterusnya dapat membantu dalam pembentukan tamadun di Malaysia,

 

CABARAN PELAKSANAAN FALSAFAH EKLEKTIK DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

                Memang tidak dapat dinafikan dalam memeperoleh manfaat pelaksanaan Falsafah Ekletik ini banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam melaksanakannya. Antara cabarannya ialah dari aspek keharmonian, intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan di Malaysia dilihat hanya memberi penekanan tehadap potensi jasmani pelajar sahaja iaitu mementingkan perniagaan, keuntungan, teknologi dan industri. Hal ini dapat kita lihat daripada pendidikan di pusat pengajian swasta seperti sekolah swasta atau institusi pengajian tinggi swasta yang meletakkan yuran yang tinggi kepada pelajar. Ini menunjukkan seumpama sektor pendidikan swasta mementingkan matlamat perniagaan yang tinggi. Ini menyebabkan potensi kreatif dan invotif yang bersifat kebendaan dijadikan fokus. Akibatnya, pendidikan tidak seimbang berlaku kerana hanya potensi jasmani sahaja berkembang manakala potensi emosi, rohani dan intelek tidak berlaku.

 

                Seterusnya, cabaran kedua ialah dari aspek keseimbangan dan harmoni. Keseimbangan boleh didefinisikan sebagai kepada moral manakali harmoni bermaksud akhlak. Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan akhlak dan moral perlulah dibina menerusi penghayatan nilai murni merentasi kurikulum. Namun, strategi penghayatan nilai murni ini telah diabaikan. Kesannya, moral dan akhlak pelajar di sekolah menjadi semakin merosot. Misalnya, pada masa kini kenbanyakkan pelajar mampu mencapai ilmu dalam pendidikan namun tidak mempunyai kefahaman dalam ilmu yang dipelajari itu. Kemudian objektif dalam FPK tidak dihayati dan hanya mementingkan intektual dan persaingan dengan pelajar lain. Hal ini akan membentuk masyarakat yang berilmu tanpa akhlak. Tidak seperti zaman kegemilangan sarjana Islam dahulu yang mementingkan adab berbanding ilmu yang dipelajari. Oleh itu, aspek keseimbangan ini perlu dititikberatkan untuk membentuk individu yang mementingkan ilmu tanpa mengabaikan elemen lain dalam hidup mereka.

 

                Akhir sekali ialah cabaran dalam pedidikan Malaysia yang mengikut acuan Malaysia. Dalam pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan batu asas pembangunan pendidikan. Namun, pelaksanaan dasar pendidikan di Malaysia sentiasa berubah-ubah dan tidak merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini berlaku apabila pelantikan Menteri dan pengawai teringgi dalam kementerian pendidikan selepas tahun 1998 yang sentiasa membawa agenda baru dan perlu dilaksanakan dalam dasar pedidikan di Malaysia. Tambahan lagi, Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tidak dijadikan rujukan secara jujur oleh pihak yang bertanggungjawab. Kesannya, dasar pendidikan di negara kita menjadi semakin kabur, tidak mempunyai keharmonian dalam kurikulum dan sistem pendidikan menjadi tidak jelas.

 

                Kesimpulannya, jelaslah tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupukan Falsafah Eklektik daripada ciri-ciri gabungan Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Barat Moden dan Tradisional. Daripada itu juga kita dapat melihat dengan jelas manfaat dan cabaran yang telah dibawa oleh penekanan Falsafah Eklektik dalam perkembangan pendidikan di Malaysia.  Justeru itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai mempunyai kandungan yang sempurna dan lengkap dan mampu melahirkan insan yang cemerlang melalui pendidikan.



Comments