Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada dua bahagian.
1.
Falsafah Pendidikan Tradisional Barat
- Essensialisme
- Perenialisme
2. Falsafah Pendidikan Moden Barat
- Progresivisme
- Rekonstruktivisime
- Eksistentialisme
Falsafah Pendidikan Tradisional Barat
Essensialisme
- Pandangan pendidikan ahli – ahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme.
- Dibentuk oleh William C.Bagley (1983) dan diikuti oleh pendidik lain seperti Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L.Kandel.
- Falsafah ini menekankan kepada perkara asas sahaja, iaitu apa yang perlu diketahui oleh seseorang individu agar menjadi masyarakat yang produktif. Perkara pula boleh berubah dari semasa ke semasa.
- Falsafah ini bertujuan untuk memberikan pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan untuk penghayatan budaya.
- Bersifat praktikal dan prakmatik.
PENGARUH FALSAFAH ESSENSIALISME TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
- Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, guru merupakan model dan seorang yang berpendidikan dan berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai - nilai masyarakat.
- Mata pelajaran dibahagikan kepada teras seperti sains, sejarah, seni dan muzik manakala bidang sastera dan kemanusiaan adalah mata pelajaran elektif.
- Pendidikan di Malysia mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja - pekerja yang mahir untuk membangunkan negara serta untuk melahirkan rakyat yang berdisiplin.
- Berasal daripada perkataan 'perennial' yang bermaksud 'tidak berubah'.
- Membawa pandangan yang bersifat konservatif dan tradisional.
- Banyak dipengaruhi oleh fahaman idaealisme Plato dan Aristotle.
- Tujuan pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan pengetahuan yang bersifat sejagat, abadi atau tidak mempunyai had masa bagi mencapai dan menyebarkan kebenaran.
- 4 aspek yang akan dijelaskan dalam falsafah pendidikan perenialisme adalah
Jenis kurikulum - Kurikulum sekolah perlu menegaskan perkara - perkara sejagat dan tema kehidupan manusia yang tetap. Kurikulum ini mestilah melatih ciri - ciri rasional, mata pelajaran yang berakaitan dengan moral, estetika dan prinsip agama yang bertujuan untuk membentuk sikap.
Peranan guru - Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu, memupuk sikap moral, menguasai alat pembelajaran, melatih pelajar dalam 3M serta mengingat petikan karya agung sebagai asas kehidupan yang rasional dan matang.
Kaedah mengajar - Menekankan kaedah didaktik dimana pelajar tidak boleh menanya sebarang soalan semasa guru sedang mengajar. Ahli perenialisme mencadangkan kaedah pengajaran seperti ingatan, pembacaa, penulisan, latih tubi dan ulang kaji.
Peranan pelajar - Pelajar mestilah sentiasa berusah untuk memperoleh ilmu mengikut kemampuan masing - masing. Dengan itu, mereka mestilah melakukan tugasan yang telah diberikan oleh guru masing - masing.
PENGARUH FALSAFAH PERENIALISME TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
- Falsafah Perenialisme bermatlamat untuk menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin.
- Matlamat ini lebih mnegutamakan negara daripada individu itu sendiri dan menunjukkan pendidikan lama di Malaysia bersifat tradisional.
- Dalam Dasar Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan yang terlalu progresif tidak sesuai diserapkan.
- Aliran ini juga mementingkan nilai dengan menanam nilai - nilai kepada para pelajar agar merreka dapat menyeimbangkan antara pembangunan manusia sebagai insan dan kemajuan sains dan teknologi.
- Kesannya, Perenialisme yang rasional akan membantu melahirkan masyarakat yang berkualiti.
- Falsafah Pendidikan 8 Kebangsaan juga menerapkan nilai -nilai murni kepada pelajar agar menjadi seseorang yang mempunyai akhlak.
- Falsafah ini menggunakan pendekatan induktif dalam mencapai matlamat pendidikan kerana pendekataninduktif tidak memerlukan teori tetapi memerlukan penerangan sendiri.
- Ilmu itu hanya sesuatu yang bersifat relatif bagi menerangkan realiti masa kini.
- Matlamat pendidikan adalah untuk menyediakan golongan murid berupaya menakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan.
- Pelajar bebas memilih dan membuat keputusan ke atas diri mereka sendiri jika dianggap baik oleh mereka.
- Secara tidak langsung, FPK dapat dikaitkan dengan bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab serta usaha untuk mewujudkan masyarakat yang majudan berilmu.
- Falsafah ini menekankan perkembangan pelajar dari segi intelek dan fizikal. Oleh itu, dengan memberi kebebasan pelajar dapat mengembangkan bakat dalam pembelajaran mereka. Ironinya, menjadikan pelajar tersebut berkeyakinan dan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang cabaran.
- Progresivisme melahirkan masyarakat yang saintifik, progresif dan inovatif yang berupaya menjadi pemangkin pembangunan teknologi.
- Aliran fahamam eksistensialisme adalah mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukannya mencari ilmu pengetahuan.
- Hanya pembelajaran yang berkesan sahaja yang mempunyai makna kepada individu berkenaan.
- Kurikulum eksistensialisme pula mementingkan kebebasan dan tidak tetap kerana berdasarkan minat pelajar itu sendiri.
- Falsafah ini men nkyokong kaedah pembelajaran Socrates.
- Pelajar mestilah berjaya dalam usaha mencari kesedaran kendiri kerana guru bukanlah penyebar ilmu.
- Falsafah Pendidikan Eksistensialisme mempunyai konsep yang kabur dan mendatar.
- Kebebasan secara menyeluruhtidak sesuai dalam pendidikan di negara ini kerana kebebasan tidak dapat membawa pelajar ke destinasi yang diharapkan iaitu kepada matlamat pendidikan yang mengharapkan pelajar mencapai kesedaran kendiri.
- Falsafah ini mengahrapkan dapat mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada serta tabah dalam menghadapi segala jenis masalah (Tajul, 1992).
- Oleh itu, FPK negara bersifat eksistenlialisme kerana individu manusia digalakkan berkembang mengikut potensi , bakat, minat dan emosi mereka untuk memastikan kehidupan yang lebih baik. Ia bermaksud elemen FPK yang memastikan rakyat Malaysia mempunyai unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang.
Rekonstruktivisme
- Konsep aliran ini memberikan perhatian kepada isu sosial, ekonomi, politik dan teknologi.
- Memberikan perhatian kepada pembentukan semula masyarakat iaitu untuk perubahan dan reformasi sosial.
- Tujuan pendidikan adalah untuk menyedarkan murid tentang masalah - masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku dalam masyarakat.
- Peranan guru adalah pembimbing murid agar mereka sedap dan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
- Sekolah mempunyai peranan yang sangat penting dalan pembinaan semula masyarakat yang menggerakan perubahan sosial.
- FPK telah menyerap elemen ini dalam mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang.
- Keupayaan dan bakat ini dapat dikembangkan menerusi aktiviti sosial dengan mencari kelebihan diri sendiri dalam bidang yang mereka pilih.
- Fahaman ini berupaya melahirkan individu yang berkemahiran dalam menjalankan tugas dengan cekap sekaligus mengembangkan potensi mereka secara optima.
.png)
Comments
Post a Comment